Ya Allah, kau peliharalah akhlak pemilik blog ini agar dia sentiasa berada di jalan yang diredhai-MU. AMIN. Assalamualaikum dan Selamat Datang ... Terima Kaseh sudi singgah .. Please leave a comment or be my follower if you are glad to do so . twinkle, twinkle little star how i wonder who you are :) BE HAPPY.
H O L I D A Y S :)
11 JUNE 2015

Sunday, June 7, 2015

Temuduga Komunikasi Media Massa (Mass Comm) UITM

Assalamualaikum. Hai semua orang *lambai tangan*
sudah lama blog ini tidak kukunjung dan tiba-tiba hari ini tangan ini menjadi rajin untuk menaip. Catatan ini hanya sekadar satu perkongsian yang mungkin akan membantu dan juga mungkin tidak. Aku sekadar mahu berkongsi pengalamanku bersama blogku dan juga rakan pembaca (jika ada pembaca) hahahaha. poyo pulak dah ayat.

Okay, berbalik kepada tajuk catatanku harini!
"Temuduga Komunikasi Media Massa atau Mass Comm"
Mulanya, aku tiada langsung niat untuk terlibat dengan course ini. Tidak terlangsung di fikiran aku yang aku akan terlibat dengan temuduga atau ujian kelayakan untuk bidang ini. Asalnya, bidang ini hanya kupilih sekadar memenuhi ruang di portal upu itupun atas cadangan cikgu Aniza yang begitu bersungguh meyakinkan aku. terima kasih cikgu :) Kemudian tanpa aku sangka, aku mendapat dua temuduga dan kedua-duanya daripada bidang yang sama iaitu bidang Komunikasi Media Massa!

17 May 2015.
Pihak UITM memanggil aku untuk menghadiri ujian kelayakan dan perasaan aku mestilah nerbessssss sangat wehhh. rasa macam tak percaya bila buat semakan di portal uitm. Aku bertekad untuk pergi. "tak salah jika mencuba," kata aku kepada diriku sendiri.

23 May 2015.
 Aku menghadiri temuduga bersama seorang rakan sekelas semasa di tingkatan enam dahulu. kebetulan beliau juga mendapat temuduga bagi course yang sama. Disebabkan sudah berusia 20 tahun, keluarga sudah tidak lagi menghantar ke tempat temuduga dan faktor rumah ke uitm Jengka yang cuma mengambil masa kira-kira 20 hingga ke 30 minit menyebabkan abah membenarkan aku untuk memandu sendirian. Aku tiba di uitm Jengka pada pukul 8:15 a.m itupun setelah sesat mencari uitm tidak ketemu. aigooo~ hahahaha. Pada pukul 8:30 a.m aku memasuki sebuah kelas. Sebelum aku pergi temuduga aku telah membuat sedikit kajian dan aku ada terbaca blog-blog berkaitan dengan ujian komunikasi media massa. Ternyata formatnya masih sama iaitu ujian kelayakan terbahagi kepada dua :
1) Ujian bertulis
2) Ujian lisan
cuma soalannya agak berbeza dengan soalan yang terdapat dalam blog-blog yang aku baca sebelum ini. Saat aku menjejak kaki ke dalam kelas berkenaan aku diberikan satu kertas untuk menulis essay. Panjang essay tidak melebihi 250 patah perkataan dan soalannya berbunyi seperti ini :




Cuak jugak bila nampak soalan ini namun aku tetap tenang. cehhh *sengih*
Aku tak tahulah apa yang aku jawab dan apa yang aku pasti aku menjawab soalan. muehehehe. masa yang diberikan lebih kurang dalam 30 minit dan selepas tamat menulis, aku perlu menunggu selama 10 hingga ke 20 minit untuk dipanggil bagi ujian lisan. tidak silap aku kita dipanggil mengikut abjad nama. kalau nama korang bermula huruf A maka korang akan masuk dulu tanpa perlu menunggu lama. Calon-calon disitu pula tidak terlalu ramai cuma ada dalam 14 orang sahaja bagi negeri Pahang dan kelihatan sangat fasih berbahasa Inggeris. semakin bertambah resah dihatiku namun kukuatkan jua semangat demi masa depan. Hihihi.

Apabila namaku dipanggil, aku dibenarkan duduk. Terdapat dua orang wanita yang bertindak sebagai orang yang akan menemudugaku. Kelihatan serius namun apabila aku tersenyum mereka juga turut tersenyum maknanya kurang menakutkanlah jugak. Lega rasa. Kerana kedua-duanya Islam, semasa mengetuk pintu aku memberi salam. Mereka mempelawa aku masuk dan aku dibenarkan duduk. Aku turut menghulurkan fail yang mengandungi sijil-sijil yang berkaitan. Soalan-soalan yang aku dapat semasa ujian lisan.

"Please introduce yourself"
"Pekerjaan bapa awak?"
"Umur adik awak yang bongsu?"
"Awak memilih masscom uitm sbg pilihan ketiga dalam upu? pilihan pertama/kedua apa yang awak pilih?"
"Awak memilih journalism sebagai pilihan yang pertama. Kenapa?" * ohh yaa semasa ujian bertulis tadi kita diberi pilihan untuk menentukan minat kita. aku memilih journalism sbg pilihan pertama*
"Berikan satu tajuk berita utama pada malam tadi."
"Any questions did you want to ask us?"

Kesemua soalan adalah di dalam Bahasa Inggeris dan perlu dijawab dalam Bahasa Inggeris juga. Pastikan korang mahir berbahasa Inggeris dan jika kurang mahir seperti aku sila berlatih banyak-banyak agar tidak terlalu banyak bunyi krikk... krikkk dalam bilik itu nanti. hehehe. Aku berada di dalam bilik untuk ujian lisan itu hanya 15 hingga 20 minit tetapi perasaannya seperti berpuluh-puluh minit. Huhuhu. sebelum keluar, aku bersalaman dengan mereka memandangkan mereka berdua ialah perempuan namun kata rakanku semasa temuduga kita tidak boleh bersalaman dengan si penemuduga kerana dikhuatiri mereka akan menganggap itu sebagai teknik untuk menambat hati mereka. tetapi entahlah aku pun tidak pasti kerana apa yang pasti aku bersalaman dengan mereka tanda hormatkan mereka bukan membodek dan sebagainya kerana langsung tidak terlintas untuk melakukan hal itu.

Aku tidak pasti sama ada soalannya sama atau tidak antara diploma dan ijazah tapi inilah pengalaman aku untuk Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Massa bagi UITM. Aku harap doa kalian. Semoga aku berpeluang untuk menjejakkan kaki ke menara gading. Jika bukan bidang ini mungkin rezekiku di bidang lain. Insya Allah. Amiinnn :)

2 comments:

  1. assalamualaikum :) nak tanya, sepanjang ujian lisan tu ada tak penemuduga tanya soalan2 yg berkaitan mass com ? atau just tanya time ujian bertulis je ?

    ReplyDelete
  2. i love to hear your story, TQ

    ReplyDelete